Saturday, May 23, 2009

Hobi menjadi Wang?...

Saya percaya semua orang mempunyai hobi. Apa itu hobi? Sesetengah orang berkata hobi adalah sesuatu perkara sampingan yang dilakukan pada masa terluang. Ada juga yang berpendapat sesuatu yang dapat menghilangkan perasaan "boring" dengan melakukan perkara seperti bersukan, beriadah, memasak, menanam bunga, mengumpul setem, bermain video game dan sebagainya.

Tapi tahukah anda, hobi anda boleh ditukarkan menjadi wang? Ya...hobi yang anda minati adalah suatu aset yang sangta berharga sebenarnya sekiranya kita mengetahuinya. Tapi bagaimana ianya dapat menjana duit atau pendapatan? Ok, sebagai contoh: sekiranya anda mempunyai hobi membuat kek atau mereka cipta sesuatu alat, yang mana akhirnya anda akan mempunyai koleksi-koleksi resepi kek atau ciptaan terbaru anda dengan begitu banyak. Dengan ini, anda boleh menjualkan maklumat resepi ataupun menjual terus kek tersebut begitu juga dengan ciptaan yang dihasilkan. Bagi memastikan ianya dapat dijual, anda hendaklah melakukan promosi. Nak promosi dimana? Anda boleh promosikannya melalui perniagaan internet dengan kos yang sangat murah, mudah, selesa, jimat masa malah lumayan!

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment