Friday, May 22, 2009

Oh Perak...kalaulah engkau Emas

Malaysia tanah airku, Perak negeri saudaraku. Apakah yang akan terjadi dengan kisah negeri Perak yang kini masih panas dengan isu-isu politik berkaitan dengan perlantikan seorang Menteri Besar Perak yang sah? Asalnya Dato' Nizar, lepas tu Dato' Zambry, lepas tu Dato' Nizar semula...tup-tup hari ni Dato' Zambry semula. Apapun semoga negeri saudaraku ini akan menjadi negeri yang makmur dan tenteram selepas ini. Mungkin peristiwa ini akan menjadi titik tolak bagi rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khasnya untuk memikirkan suatu senario politik pada masa akan datang yang mana telah menjana politik tanahair secara tidak langsung. Mungkinkah sistem demokrasi akan hilang pada masa akan datang? Hanya masa yang akan menentukan...Mujurlah engkau "Perak"...kalaulah engkau "Emas" apalah agaknya yang bakal berlaku.
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment